100% Welcome Bonus

Tuesday, March 19, 2013


Alhamdulillah.. Oil pg dan malam... GU mlm.. kali 2 acc.

Tuesday, March 12, 2013

 Hari yang biasa aku trade, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat. Isnin tak payah trade too risky. Alhamdulillah dah ada hasil kat EU ptg nie. Pair yg biasa aku trade  AUD/USD NZD/USD Eur/USD GBP/USD dan Oil.. Senang nak baca kat pair nie. Bagi aku laaa.. 

Monday, March 11, 2013

My SS dr Xemarket



 Mula buka akaun pada 7/2/2013. 8 hb baru start trade. Kenapa sikit-sikit untung? Yang penting MM( Money Management), $500 boleh dpt $30-$50. Anggaran 10%.. Kalau dah $5000? yer byk. Insyallah tgh target yg ini.

Aku dgn forex

FOREX - pasaran pertukaran asing atau pasaran mata wang atau Forex adalah pasaran di mana satu mata wang adalah didagangkan dengan yang lain. Ia adalah salah satu pasaran terbesar di dunia dengan jumlah transaksi mencecah $3.95 trillion, rase nyer skrg dah lebih kot.Forex adalah singkatan kepada Foreign Exchange. Macamana aku jumpa forex? memang keje aku terlibat dgn IT, jadi aku gunakan peluang yg ada utk mengintai peluang-peluang buat duit. Aku tak ingat tahun bila, dlm sekitar 2003-2007. Korang penah dengar program-progran HYIP, invest dpt duit atau program-program iklan nie, mcm studiotraffic, 4daily, 12daily. Ramai jugak yg buat duit dari program nie. Tapi biasalaa. bende macam nie tak tahan lama. Paling lama pun setahun, lepas tuh melingkup. Payah juga nak cari side income nie bila program-program nie dah takde. Aku cari satu per satu. Yang mula mula aku jumpa Marketiva, broker pertama sekitar 2004. Ilmu takde main jerlaa.. pergh mcm seronok plak bila dah untung. Apply affiliate.. aku prompte ler.. dapat lg duit. Memang boleh pegi nie...(dlm hati) aku cuti 2 hari, aku trading 24jam. Alhamdulillah start USD500 dlm 2 hari dah USD750. Waktu tuh USD1 = RM3.80.. kalau USD250 x RM3.80 dah berapa beb.. Lepas bayor kete tuh.. Ilmu takde.. main ikut naluri dan news kat blommberg (terasa bodoh gila waktuh ni)Hari ke 3 aku rugi USD200. Hari ke 4 USD280... last sekali duit aku tinggal USD10 jer. huehue Sejak dari itu aku try cari macamana nak baca graf tuh. Takkan USD4 trillion jumlah dagangan sehari sikit pun aku tak leh dapat. macam nie ker 4 trillion tuh 4,000,000,000,000. Takan 1% pun takde untuk kita.. opps silap . 1% dah 40,000,000,000 .. mak aii.. Nie yg betul. 0.0000001% untuk kita. USD4000 sebulan. Insyallah boleh. Cari punya cari aku jumpa broker yg menggunakan MT4 (Metatrader). ko tanya pak cik google kalau nak tau. Ok aku sambung hari lain. penat laa lekk nak naip ..